Greetings From Melbourne ... Part 1
10.40pm - nomads industry, a'beckett street, melbourne.
hello kenkawan... hari ni masuk hari kedua saya kat melbourne. datang sini di-sponsor khas oleh pakcik saya yang baik hati untuk menghantar anak dia study kat RMIT. alhamdulillah rezeki di awal tahun. saya grab saja!
hari sabtu 9th feb - lepas 2 jam transit kat bangkok, kitorang terus ke melbourne dengan thai airways (kes nak jimat budget). perjalanan selama 9 jam 10 minit buat saya sakit leher saja akibat kepala asik terteleng ke kiri masa tidur.
huhuuuhhh then siap kena marah dengan stewardess thai airways tu sebab saya tanya makanan diorang halal ke tak. 2 kali saya tanya. ye lerr, nak tahu boleh makan ke tak, kan.. saya lupa nak pesan halal food time buat reservation minggu lepas. pehhh sahaja. lepas dah confident betul-betul halal, baru ler kitorang makan.
sampai je melbourne kitorang ambik skybus ke B&B. kes nak jimat budget lagi. berat gilos usung 2 bijik bag cousin saya - super giant sized tuuu! B&B sini ok - nomads industry. dekat saja dengan city centre. kemas dan bersih. kitorang tinggal berempat dalam 1 bilik. AU$ 31/nite/person. bilik selesa cuma diorang ni sedikit kedekut. kat shower siap letak nota suruh kitorang mandi less than 5 minutes saja. sesapa mandi lama daripada tu air shower jadik slow. hampeh sahaja.
nin ler B&B nomads industry yang kitorang stay selama 4 malam. bilik kitorang kat tingkat atas skali - tingkat 5. setiap hari diorang ada offer free dinner. tapi tak pernah sekali pun kitorang gi beratur ambik makanan tu. haram!! mana disembelih ayam/daging tu semua...
hampeh je notis nin. tengah sesedap saya mandi tetiba lampu padam. gabra kejap. bila bukak pintu shower, lampu nyala balik. ingat nak main auuummm cak ke.. berkira hampeh la bos kat nomads nin! macam la kitorang tak bayor sewa bilik tu. pehhh!
sesungguhnya bandar melbourne ni sangat boring! saya lebih sukakan europe. sini tak banyak tempat yang best (pada pandangan bijik bola mata saya sahaja). tapi universiti dan kolej bersepah-sepah lah. jalan 2, 3 langkah jumpa melbourne univ. ke depan sikit jumpa RMIT. then kat hujung tepi yarra river, opposite dengan southgate jumpa victoria univ pulak.
bandar dia sangatlah decent dan penuh dengan "sopan santun" tak macam europe. addussss... tapi dapat lah sesikit mencuci mata tengok aweks-aweks melbourne yang cun itu. jadi lah.. daripada tak ada apa-apa langsung, kan?semalam dan hari ni, nak sangat jimat (lagi sekali) kitorang cuma jalan kaki saja bersiar-siar kat bandar. penat kaki wooo.. tapi best sebab dapat tengok semua kedai di kiri dan kanan jalan. hehh.. ;-D pagi esok kitorang plan nak singgah ke queen victoria market. lepas tu ke luna park untuk bermain-main. dua tempat ni aje ler yang best mengikut firasat saya. tapi esok terpaksa naik tram/bas lah sebab luna park jauh ke selatan sikit. kena cross yarra river.
ok lah tinggal kurang daripada 15 minit sahaja prepaid internet saya ni. mahal gilos dia charge. AU$4/jam tu.. nak naik tido dulu. tata!



0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home