Penat Tapi Best...
kat opis tengah hari jumaat lepas ada presentation antara 4 team untuk facilities & management project yang kitorang buat selama 2 minggu. semua team berhempas pulas untuk menang. team kitorang jual idea promote semua staff to go green dan save energy dengan tutup lampu lepas habis guna meeting room dan jugak kat common area. bila tiba turn saya, tergagap-gagap present sampai kena gelak. dugaaaannn! huihh ni misti sebab 2 big boss daripada singapore ada skali.
pagi sabtu lepas acara cakap-cakap yang penuh dengan makna, boss announce pemenang. team kitorang dapat nomber 3. jadi laa... sekurang-kurangnya dapat la jugak voucher isetan. yahuu buleh beli baju baru! yang paling best dengan tak disangka-sangka saya dipilih menang 2 award daripada 5 kategori core values kampeni kitorang. dapat sijil dan voucher lagi. dan yahuuu lagi! alhamdulillah... membuak-buak nak ajak helen shopping hari selasa ni ;-)
petang semalam lepas telematch diorang ajak main volleyball. haiiyooo sakit tangan dan kaki! berapa kurun dah tak exercise, dengan tak de warming up nya. belasah je ambik dan pukul bola, sebenarnya bukan tahu pun main. siap kena gelak lagi saya serve bola tak lepas jaring. ikut diorang gelak aje ler...
sebelah malam lepas melawat kandang white tiger dan tengok musical fountain, kitorang tengok midnite movie. dudulu saya teruja gila dengan heath ledger dalam brokeback mountain, jadiknya kitorang tengok The Dark Knight. saya la yang beriya-iya push diorang ajak tengok cerita nin. majority wins. yeay! dan jugak nak tengok last movie incik heath blakon sebelum dia nin kiokk. kat suratkabar ramai yang duk puji kata mamat nin blakon best jadik joker. real. memang best!
ayooolaaa... dah tak pernah-pernah tengok midnite movie tambah pulak faktor umor, saya bantai tido di akhir cerita. ending dia tak tahu apa kisahnya. heh...
next weekend ada team building lagik, kali ni dengan country finance group. kat damai laut, perak. harap-harap team kitorang menang hadiah lagi, sekurang-kurangnya dapat voucher isetan. buleh la pegik shopping lagik dengan helen. yahuuu!!! gumbiranya.



4 Comments:
bestnye jejln ngan shopping! ;)
wah! wah ! wah!
bleh nampak senyum sampai kat telinga nih ha walau kita nih jauh nun di sini....
takkan helen sorang je mau diheret cik lily?
nak ikut sama bleh?
kita kepit helen sama2.
cik lily kiri, saya kanan..
hehe.. lamanye br dapat baca entry baru.. hehe.. bile laa nak lepak sesama nin??? asek bizian je cik lily nih... hehe
eveque :
jejalan & shopping memang best. best therapy tuuuu!
mixfm :
aiyohhh adik manis, mau kongsi si helen kah? uiihh.. tara boleyy deyy! *tamakkk di sini*
eid :
ihihiii.. kerija takkan habis, kan eid? hentah la.. busy nin bila daaa mau stop. lepak? mau makan eskem kah?
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home