Monday, November 10, 2008

Weekend Break At Tempines...

disebabkan belum cukup ongkos mahu ke venice, maka saya seberang tambak johor aje la sorang-sorang buat pertama kali. sesambil nak habiskan stok cuti yang masih banyak. bermalam kat rumah cikibi, kawan sekolah yang keja kat sana.

best jugak suasana kat tempines. semua facilities dekat. convenient. apa yang saya perati kat singapore nin jalan raya dia bersih. suka! teksi pun selesa dan drebar dia memang buleh kita percaya. suka lagi! tak macam kat tempat kita nin. patut la si cikibi tu selamba je balik keja pukul 12 malam! kalu kat KL nin, harus la saya tido kat opis terus.

bila la bandaraya nak cat rumah saya colourful macam kat tempines nin...


saya tak beriya-iya sediakan itinerary untuk berjalan kat singapore. selalunya kalau pegi backpacking, siang-siang lagi saya siapkan itinerary setiap hari perjalanan. kali nin mana kaki melangkah, ke situ la kitorang sampai. tak de hala tujuan.

hari sabtu cikibi bawak jenjalan ke bugis village. lebih kurang macam petaling street lah kalu kat KL nin. seronok wehhh pilih fridge magnet. nasib baik tuan kedai tahu mandarin. dapat la free sebijik. suka!

sesapa yang hobinya sewaktu dengan saya, kumpul fridge magnet kalu rasa nak buat sesi pertukaran suka sama suka dengan saya pun buleh jugak. bukan tukar koleksi yang sedia ada, sayangg wehhh... nak penuh dah pintu peti sejuk tu. gini --> kalu saya gi jenjalan saya belikan la seketul untuk si kawan nin. then kalu kawan nin gi jenjalan jugak, dia belikan la sbijik dekat saya. bertambah la koleksi. setakat nin sorang opismet dengan 'bestest pren' aja yang duk amalkan perbuatan suka sama suka nin.

awal-awal lagik saya ada mintak cikibi bawak saya pegi ke tempat makan yang best di singapore. awal-awal jugak la dia gelak kuat-kuat dekat saya. katanya food sucks in singapore! hasil pengalaman saya, ya singaporean food sucks! tepat sekali.



nin murtabak yang menurut cikibi kononnya glemer kat arab street. rasanya? gulp! tak terkata. murtabak pasar malam sebelah rumah saya tu 10 kali ganda lazatnya. teh ais dia memang fail!




chicken fried rice nin pulak SGD 5 - nampak macam sedap tapi tawaaarrr you! saya nangesssss... cikibi terus-terusan gelakkan saya




asta'alaaaa... rakyat singapore ninn... ramaiii yang amattt! tengok je bila nak lintas jalan. tunggu traffic light tukar signal suruh kita lintas. segerombolan besar orang-orang dia melintas. sesak sampai rasa tak de ruang untuk kita mencelah. kes tak cukup tanah jugak rasanya kat sana ni. asal weekend aja, situ aje la tempat hala tuju diorang. nasib baik la kat KL nin ada banyak tempat untuk melepak.


sebelah malam cikibi bawak saya round orchard road, masuk takashimaya dan lepak-lepak minum kopi kat scott street. jumpa kawan lama dan borak sekejap. lepas tu kitorang jalan-jalan lagik sambil mengorek rahsia. aduioii pecah rahsia! then brenti makan pizza dekat chimes sesambil gelak bercerita pasal zaman sekolah dulu-dulu. hampir midnite baru la kitorang balik rumah. penat tapi seronok!

dengar cerita singapore nin famous dengan chilli crab. nak try la jugak alang-alang dah sampai sana. kalau tak sedap lain kali harus la blacklist kan aja singapore nin dalam travelling list. melilau la kitorang carik. akhirnya jumpa kat east cost lagoon. whoaaa... boleh la tahan rasa dia. macam sweet and sour crab. kuah dia pekat. tak de la pedas sangat. makanan ni aje la yang sedap sikit pada tekak kitorang.


chilli crab yang famous kat singapore. SGD 30 untuk sepinggan besar nin. makan cecah dengan roti goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam.

petang tu plan asal nak gi sentosa island tapi tiba-tiba kitorang rasa malas. jadik lepas makan tu kitorang jalan sepanjang pantai sambil cuci mata tengok rakyat singapore beriadah.

kejap benor 2 malam kat tempines. MRT dia convenient, dari tempines ke changi aiport tu memang dekat. takkan sesat. saya sampai airport awal, ingatkan buleh la kutip serviettes. tapi banyak yang plain daripada printed. best pulak travel sorang-sorang nin. pegi venice sorang-sorang pun mungkin best jugak. hehee...

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

wah seronotnyaa... apa macam singapura????

hiks

Nov 11, 2008, 1:46:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

haha.. jalan-jalan memang seronok. bila mau ke europe lagik?

Nov 11, 2008, 9:06:00 PM  
Blogger uLat said...

kita baru rancang nak pi spore bulan depan, cik lily dah sampai.

walaupun kita dok jb, spore tu dah berpuloh tahung tak jejak. heheh

Nov 18, 2008, 1:59:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

adik uLat,
tetiba saya rasa s'pore nin sesikit macam melbourne pulak. environment dia best, cuma food dia aje yg tak sedap. selamat berjalan-jalan!

p/s : jgn lupa beli eskem kepit kat bugis village ye

Nov 26, 2008, 9:41:00 PM  
Blogger deeyang said...

cik lily, apasal tak habak nak mai singapore. Dah org malaysia gak yg bawa you gi makan makan kat Singapore mestilah tak berapa syiok. Kat Tampines tu, banyak makanan yg mabeles. Authentic Singaporean akan tahu kat mana dan apa yg sedap dijamu pada tetamu. Anyway, glad that you like Tampines. Sekarang ni, dik Ul ada dikediaman saya di Tampines lagi berliburan di Singapore. Esok kita amik cuti nak ajak si Ul jalan jalan cari makan kat Singapore. Lain kali, kalau nak mai sini, habak lah, boleh kita ajak jln jln dn mkn mkn kat mana org sg suka pegi.

Dec 17, 2008, 12:01:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

salam perkenalan cik Yang...
insyaAllah kalu saya turun s'pore lagik, saya akan roger awak okeh!
hari tu tak plan pun, main tibai saja pegi sana.

waddussss.. seronok la adik uLat ekk.. :)

Dec 18, 2008, 5:18:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home