Friday, February 29, 2008

Sehari Lagik...

tadi Raja Bos panggil saya ke bilik dia buat kali terakhir. beri kata-kata amanat serta pesanan terakhir. dia mintak saya jaga diri, berhati-hati bila kerja kat KL nanti dan teruskan menabung untuk kegunaan hari tua. adduuss... sedih la pulak rasa di hati nak tinggalkan Raja Bos. lepas grad terus saya kerja sini sampai sekarang. 8 tahun dengan Raja Bos. satu jangka waktu yang agak lama.

alhamdulillah Raja Bos terima saya resign secara verbal sahaja di sini. saya tak sempat nak tender official resignation letter. mumula ingatkan nak taip jugak tapi saya agak busy sebelum CNY dulu. lagipun Raja Bos sendiri tak sound pun. *addusss bahaya nih*

ingat lagi dedulu. asalnya keja kat sini ditawarkan untuk classmate saya. masa tu kitorang berempat buat part time job jadik research assistant dengan lecturer. akan tetapi kawan saya nin nak sambung belajar dan dengan senang hati dia pass offer tu kat saya. stat dari situ saya keja dengan Raja Bos. jangan tolak rezeki.

setahun keja sini alhamdulillah.. rezeki sangat murah. Raja Bos rewardkan saya free tix ke memana lokasi yang saya nak sebab berjaya handle satu projek di kertih. saya pilih london sebab ada kawan keja kat sana dan boleh jimat duit accommodation. si candy pulak pilih nak ambik cash reward sahaja. maka berjoli lah saya 10 hari dengan gumbiranya di sana. bebodoh dan culture shock sekejap dengan excess baggage sampai kena bayar 97 pound kat heathrow! adduss! boleh dapat tiket free sebab time tu Raja Bos ada 13 on-going projects dalam setahun. dia sangat kaya masa tu! tahun berikutnya saya dan candy berjoli selama seminggu di sabah pulak...

banyak benda saya belajar kat sini. Raja Bos selalu cakap kadang-kadang best jugak keja kat kampeni kecik. hari-hari direct boleh jumpa dengan big boss. boleh bincang dan inform apa masalah yang ada. mentang-mentang la nanti saya akan pegi ke kampeni yang lebih besar. baiiiikkk.. saya ingat semua pesan Raja Bos.

lepas si gagap join kampeni Raja Bos 3 tahun lepas, suasana kat opis jadik lain. tak best. menyampah. ramai staff brenti dengan tiba-tiba. ada disebabkan gagap tu sendiri, ada jugak disebabkan duration project dah sampai ke hujung. jadik.. nak survive diorang carik keja kat tempat lain. tapi memang tak best sebab Raja Bos banyak menyokong kata-kata si gagap. setiap bulan gaji pun keluar lambat.

sepatutnya hari ni last day saya keja kat sini tapi disebabkan esok si candy datang, saya ubah pikiran nak datang jugak esok. katanya diorang nak buat farewell party. hmm... datang makan dan bersembang aje lah esok...

entah bila la boleh ber-online lagi. kat tempat baru nanti tak boleh ber-YM. eid, kita ber-sms/calling2 sajalah ye... pusss.. tunggu ya.. kita pegi makan eskem/extreme buzz pada suatu hari yang indah nanti yaaa... duuuu!!!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

okess.. eid tunggu je sms dr cik lily.. hehehe

Mar 3, 2008, 1:57:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home