Cik Lily Malas Balik Kampung...
dah 2 malam berturut-turut mak suruh balik kampung minggu depan sempena raya haji. macam biasa lah saya nin sentiasa liat nak balik. tak suka. raya puasa bebaru nin pun rasa macam terpaksa aja. jahat!tak tau nak describe anak jenis apa la saya nin. entah laa sejak dudulu lagik saya memang kureng suka kalu kena balik kampung. setahun ada la dalam 2-3 kali saya balik. tu pun musim raya aja. kalu tak de sebab saya takkan balik. bila dah balik tu, tanak lelama kat sana. 2-3 hari dah cukup. kalu seminggu jawabnya bosan tak tau apa nak buat, tak tau mana nak pegi. mati kutu!
malam kelmarin call ayah, cakap saya tak leh balik. weekend depan ada department gathering kat luar opis dan function tu abih malam. dah suruh mama bosan carik tiket bas tapi semuanya sold out. ayah kata tak pe lah... phew!
kata-kata ayah buat saya pikir banyak kali. sesambil tu renung balik pesan the 'bestest pren'. pikir dengan rasional. jangan pentingkan diri sendiri aja. sementara mak dan ayah masih ada kat muka bumi ni lah kita nak kena balik kampung pun. tengok diorang, tanya kabar dan ambik tahu pasal kebajikan diorang. esok lusa bila dorang dah tak bernyawa, tak de apa lagi yang menanti kita kat kampung. masa nin misti rasa bersalah gila. nyesal pun tak guna dah. reject!
okeh la mak dan ayah, saya pasrah. pepagi sabtu minggu depan insyaAllah saya akan sampai rumah. tompang kereta cousin. toing!


3 Comments:
sebelum abah pergi, kita balik kampung dalam 2 atau 3 bulan sekali. skang, sebulan sekali musti balik.
bila dah kat jb, kekadang timbul rasa takmo balik kl dah (walaupun bosan tak tahu nak wat apa). rasa berat plak muncul. kehilangan itu memilukan..
This comment has been removed by the author.
terima kasih sudi berkongsi adik uLat. lepas ni saya akan cuba balik kampung selalu.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home